peminat aku n aku juga minat mereka

nuffnang

Ahad, September 29, 2013

AKU SUKA DENGAR LAGU NIH

Bruno Mars – When I Was Your Man Lyrics
Same day but it feels just
A little bit bigger now
Our song on the radio
But it dont sound the same
When our friends talk about you
All it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little
When I hear your name
It all just sounds like (oooooh)
Mmm too young too dumb to realize
That i
Should of bought you flowers
And held you hands
Should of gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing
But shes dancing with another man
My pride my ego my needs and my selfish ways
Cause the good strong woman like you to walk out my life
Now I never never get to clean up the mess I made
Ooh and it hunts me every time I close my eyes
It all just sounds like (oooooh)
Mmm too young too dumb to realize
That i
Should of bought you flowers
And held your hands
Should of gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing
But shes dancing with another man
Although it hurts
Ill be the first to say
That I was wrooooong
Oooh I know im probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know
I hope he buys you flowers
I hope he hold you hands
Give you all hes hours
When he has the chance
Take you to every party
Cause I remember how much
You loved to dance
Do all the things I should of done
When I was your man
Do all the things I should of done
When I was your man

gembira walaupun hanyalah harapan

salam pembaca-pembaca ku sekalian
hye pagi ni nak kongsikan sesuatu
pagi tadi masa online buka facebook
dapat sesuatu yang bagi aku senyum selebar-lebarnya
walaupun itu hanya lah harapan
tapi terima kasih Ya Allah bagi hambamu ini gembira sebentar
tak salah kalau kita berangan-angan
angan-angan ini selalu aku sertakan dengan doa sekali

AWAK CERIAKAN PAGI SAYA THANKS YE AWAK.....

Selasa, September 24, 2013

saya kata saya tak suka, tak suka la faham???

dear my blog
hari nih saja aku nak meluangkan masa dengan dikau
tiap-tiap pagi hanya mampu membuat permintaan agar tak dapat ketemu dengan engkau
kerana tiap-tiap pagi bila aku lihat muka engkau dengan senyuman engkau tu buat hari aku terus rosak(bad mood) dengan soalan bodoh engkau bila jumpa, ya aku tahu engkau tak tahu nak cakap apa, tapi seriously tak perlu tegur langsung itu da mencukupi.

pagi-pagi lagi buat aku ketakutan asyik menggelak macam aku ada buat salah tapi sebenarnya aku tak mahu ketemu dengan engkau. Kadang-kadang aku rasa macam nak kurang ajar jer dengan engkau tapi aku ada pelajaran,so orang yang berpelajaran tak perlu lakukan semua itu,just senyum buat macam biasa

tapi aku tetap tak mahu ketemu engkau tiap-tiap pagi nanti aku jadi tak seronok. So better STAY AWAY FROM ME !!!

dia gay apa kau kisah???

assalammualaikum pembaca-pembaca ku sekalian
ok topik hari nih berkaitan dengan apa yang tengok keadaan sekeliling da sebagainya.
masalah nih tak serius bagi korang tapi bagi aku amat-amat lah serius
maaflah kalau ada yang terasa. Tapi cuma nak bagi pendapat apa yang aku rasa betul,kalau salah tolong lah betulkan.

tadi masa rehat aku saja la buka facebook, lepas tu terpandang profile sorang mamat nih, punya lah cute miut boleh tahan mukanya, so dengan sengaja aku klik profile untuk tengok dengan lebih lanjut, so keja pun bagus,rupa pun ada. scroll punya scroll sampai ke bawah, hanya  mampu istifar banyak, dia adalah GAY, tapi kenapa? tu kena tanya tuan badan la.Lepas istifar terus klik pangkah tutup xmau tengok dah profile dia,profile dia sangat-sangat mengelikan siapa yang baca tu boleh muntah hijau akibat kegelian yang terlampau,kalau terlampau disarankan berjumpa yang pakar.

makin ramai saudara-saudara islam ku tersesat,hanya mampu berdoa agar mereka sempat kembali bertaubat ke jalan yang benar. Aminnn

Khamis, September 19, 2013

ragam manusia

hye pembaca-pembaca sekalian...
ntah la hari nih mood x stabil
rasa mcm nk marah org jer
rasa mcm nk dengki jer kebahagian org lain
tp kena fikir 
apa pun yg berlaku nih semua ada ketentuannya
diatas sana yang menentukan kita
rezeki,jodoh dan maut hanya Allah yg tentukan
kita cuma mampu berserah dan berdoa....

fikir la positif moga-moga kita juga akan bahagia mcm mereka yang lain

Khamis, Januari 31, 2013

kulit cantik dengan tembikai susu

Assalammualaikum pembaca-pembaca sekalian. Hari nih tetiba jer cik salju nak buat entry terbaru sebab tadi cik salju teringin pulak nak makan tembikai susu a.k.a honeydew. Bukan teringin orang pregnant tu ye, he3 teringin biasa-biasa jer.

Bila lalu depan gerai buah memang teringin nak beli buah-buahan, tetapi lebih tertarik dengan honeydew kita nih, dari dulu cik salju suka makan buah nih.

Terus cik salju google khasiat buah honeydew nih. Rupanya berasal dari Afrika Tengah, jauh benor, pokok dia pun menjalar macam buah tembikai juga Cuma membezakan dia isi jer. 
Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis kaler kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Berbau harum dan amat manis apabila ranum.


Khasiat dia pula :

1. Mengandungi potassium. Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium. Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
4. Mengandungi vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya. Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.

So kesimpulannya makan buah-buahan nih tak ruginya dari membazir beli colegen la atau serum tu lebih baik banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Disamping mencantikkan kulit boleh juga menyihatkan badan.

Isnin, Januari 28, 2013

JOM SERTAI PERMAINAN NIH...CEPAT!!!!

Assalammualaikum pembaca-pembaca ku sekalian, disini cik salju nak ajak main satu permainan, nak tak?

bukan permainan yang mencabar, sebenarnya senang jer, permainan dia macam nih

senang cerita tukar-tukar link blog korang, syarat dia
1.  Kena follow dulu blog cik salju lepas tu copy gambar kat bawah nih letak kat post anda.
2. Lepas tu kena beritahu kenapa follower lain mesti folllow blog anda
3. kena bagitau jenis blog anda
4. jangan lupa letak link blog anda kat komen bawah nih, senang cik salju klik to follow awak.

itu saja senang kan. Cik salju harap ada orang ikut permainan nih, ini bukan sahaja menambah follower bahkan bertambah sahabat. Sayang korang sangat-sangat...

Rabu, Januari 23, 2013

aku dan mat luthfi

Assalammualaikum....

Tadi atau banyak hari aku perasan kalau aku tengok blog aku mesti tengok traffik,bukan polis trafik tapi trafik untuk blog. Ye la aku kena lah tahu apa yang pembaca aku suka baca, ehh ada ke orang baca blog aku,tentulah ada kalau tak,xde la bertambah-tambah follower dan flag tu. Rupa-rupanya bertambah pasal mat luthfi.Gila famous mamat nih

Ok la nak cerita pasal mat luthfi, aku ada pape ke dengan mat luthfi nih, konfem la ada, sedara sesama islam la. Aku memang xdak kaitan dengan mat luthfi cuma senior masa sekolah menengah dulu. Tu aku tengok je la tak sangka akan jadi famous amos macam nih. Dia masuk klas yang pandai sekali iaitu kelas bahasa arab, so sapa yang masuk dalam kelas tu automatik budak pandai.

Apa yang aku suka pasal mat luthfi ni sebenarnya cara dia menyampai pesanan dalam vlog dia banyak menyedarkan orang melayu supaya terus maju bukan ditakat yang lama. Pemikiran dia macam orang yang da berusia 30 an. Ada 1 vlog dia mengenai parti-parti politik di malaysia, kita tetap orang melayu bersaudara walaupun berlainan parti politik, oleh itu kita tidak boleh bergaduh sesama saudara. Ceh wah da macam perdana menteri ulak gayanya. Apa yang dikatakan oleh mat luthfi aku amat menyokong.

Baru-baru nih dia ada membuat vlog mengenai Sharifah Zahora dengan Bawani, walaupun lawak tetapi ada mesej yang tersirat dalam vlog tu.Selamat membaca





Selasa, Januari 22, 2013

persahabatan johan dan zizan


Assalamualaikum...
hai pembaca-pembaca ku sekalian perasan tak blog cik salju nih berwajah baru, walaupun x secantik blog-blog yang lain tapi cik salju berjaya membuat blog cik salju kosong jer kalau dulu glitter2 jer kan.
Dan insyallah cik salju akan taip tanpa mengringkaskan perkataan kerana cik salju ingin memperkasakan bahasa melayu tanpa bahasa sms.

ok lah hari nih cik salju nak ceritakan pasal persahabatan dunia artis, persahabatan yang mampu membuat hati cik salju tersentuh ialah persahabatan johan dan zizan atau dikenali JOZAN. Mereka nih mula dikenali menerusi racangan astro iaitu raja lawak kemudian mereka sendiri menjadi pengacara untuk raja lawak untuk musim seterusnya. Sehingga kini mereka masih bersahabat. Johan menjadi DJ untuk radio era sementara Zizan pula rancangan televisyen MELODI. Baru-baru nih mereka telah menjadi juara untuk MaharajaLawak Mega. Sememangnya mereka layak menjadi juara,bukan sahaja kerana lawak mereka tetapi nilai persahabatan yang ditunjukan, iaitu Johan sanggup datang walaupun kakinya masih sakit kerana mengalami kecederaan kaki dan terpaksa menjalani perbedahan, dia juga datang kerana ingin mengakhiri persembahannya bersama zizan. Sungguh aku terharu.

ehh Abg Awie lah...Poyo ini semua

Sazali kau baru pulang sudah 2 pagi
kemenangan milik JOZAN




Ahad, Januari 20, 2013

dipatuk ular......

Assalammualaikum pembaca2 ku sekalian

semalam kan aku bermimpi akan dipatuk ular, bukan aku jer yang kena tapi my mom aku,dan anak sedara aku. Ya Allah punya la takut sebab aku nih memang takutkan ular. Kisah dia macam nih, aku dan anak sedara aku tengah duduk di buaian di rumah aku lepas tu my mom kata nak tengok tak ular, aku pun ingat ular yang tak bahaya la,rupa-rupanya ular tedung a.k.a king cobra, habis semua bulu roma aku berdiri dek takut, cuma tengok dari jauh la dari buaian, tapi tangan aku nih gatal nak kacau ular tu, my mom dah larang tapi aku nih degil,aku pun ambil batu pastu baling dan kena kat badan ular tu. Apa lagi ular tu terus meluru ke arah aku dan my mom, dalam keadaan tu aku cuma berdiam diri(kaku) semua orang kaku sebab orang kata kalau ular di hadapan kena kaku, mula-mula ular tu ke arah aku tapi dia patah balik ke arah my mom,pastu dia siap kembang macam nak patuk orang, dalam hati nih macam-macam perasaan ada,aku berdoa ular tu tak patuk sape-sape...masa dia siap nak patuk aku terjaga tidur...syukur alhamdulillah cuma mimpi.

Orang cakap kalau mimpi ular patuk ada orang nak datang pinang, masalahnya bukan sekali dua aku mimpi ular patuk or datang dalam mimpi da banyak kali tapi xdak pun orang yang datang aku, nampak benor nipunya....sebenarnya mengikut pendapat my mom dia cakap adalah syaitan muncul dalam mimpi, Ya aku amat setuju sebabnya time tu subuh da masuk, dan masa ular tu nk patuk azan subuh berkumandang, kalau aku teruskan mimpi, mau taknya aku terbabas solat subuh.

Lepas aku terjaga tu aku terus bangun solat subuh pastu aku macam berjaga-jaga takut memang ada ular,minta dijauhkan. Mungkin semalam aku tidur tak basuh kaki tapi aku sentiasa basuh kaki. Entahlah ,

Kita janganlah terlalu mempercayai mimpi, kerana mimpi adalah mainan tidur.