peminat aku n aku juga minat mereka

nuffnang

Ahad, Januari 20, 2013

dipatuk ular......

Assalammualaikum pembaca2 ku sekalian

semalam kan aku bermimpi akan dipatuk ular, bukan aku jer yang kena tapi my mom aku,dan anak sedara aku. Ya Allah punya la takut sebab aku nih memang takutkan ular. Kisah dia macam nih, aku dan anak sedara aku tengah duduk di buaian di rumah aku lepas tu my mom kata nak tengok tak ular, aku pun ingat ular yang tak bahaya la,rupa-rupanya ular tedung a.k.a king cobra, habis semua bulu roma aku berdiri dek takut, cuma tengok dari jauh la dari buaian, tapi tangan aku nih gatal nak kacau ular tu, my mom dah larang tapi aku nih degil,aku pun ambil batu pastu baling dan kena kat badan ular tu. Apa lagi ular tu terus meluru ke arah aku dan my mom, dalam keadaan tu aku cuma berdiam diri(kaku) semua orang kaku sebab orang kata kalau ular di hadapan kena kaku, mula-mula ular tu ke arah aku tapi dia patah balik ke arah my mom,pastu dia siap kembang macam nak patuk orang, dalam hati nih macam-macam perasaan ada,aku berdoa ular tu tak patuk sape-sape...masa dia siap nak patuk aku terjaga tidur...syukur alhamdulillah cuma mimpi.

Orang cakap kalau mimpi ular patuk ada orang nak datang pinang, masalahnya bukan sekali dua aku mimpi ular patuk or datang dalam mimpi da banyak kali tapi xdak pun orang yang datang aku, nampak benor nipunya....sebenarnya mengikut pendapat my mom dia cakap adalah syaitan muncul dalam mimpi, Ya aku amat setuju sebabnya time tu subuh da masuk, dan masa ular tu nk patuk azan subuh berkumandang, kalau aku teruskan mimpi, mau taknya aku terbabas solat subuh.

Lepas aku terjaga tu aku terus bangun solat subuh pastu aku macam berjaga-jaga takut memang ada ular,minta dijauhkan. Mungkin semalam aku tidur tak basuh kaki tapi aku sentiasa basuh kaki. Entahlah ,

Kita janganlah terlalu mempercayai mimpi, kerana mimpi adalah mainan tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeah silakan diri anda mengomen blog aku nih....jgn malu2 ye...