peminat aku n aku juga minat mereka

nuffnang

Khamis, Januari 31, 2013

kulit cantik dengan tembikai susu

Assalammualaikum pembaca-pembaca sekalian. Hari nih tetiba jer cik salju nak buat entry terbaru sebab tadi cik salju teringin pulak nak makan tembikai susu a.k.a honeydew. Bukan teringin orang pregnant tu ye, he3 teringin biasa-biasa jer.

Bila lalu depan gerai buah memang teringin nak beli buah-buahan, tetapi lebih tertarik dengan honeydew kita nih, dari dulu cik salju suka makan buah nih.

Terus cik salju google khasiat buah honeydew nih. Rupanya berasal dari Afrika Tengah, jauh benor, pokok dia pun menjalar macam buah tembikai juga Cuma membezakan dia isi jer. 
Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis kaler kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Berbau harum dan amat manis apabila ranum.


Khasiat dia pula :

1. Mengandungi potassium. Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium. Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
4. Mengandungi vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya. Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.

So kesimpulannya makan buah-buahan nih tak ruginya dari membazir beli colegen la atau serum tu lebih baik banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Disamping mencantikkan kulit boleh juga menyihatkan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

yeah silakan diri anda mengomen blog aku nih....jgn malu2 ye...